Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua , Sihat ? hee . Okey Topik Entry kali nak share sikit 'Cara-Cara nak Menghilangkan Rasa Sakit Gigi'
Sakit Gigi Memang Menyeksakan kan kita kan ? Selain daripada beratur panjang semata-mata nak mendapatkan rawatan perubatan dengan doktor gigi , apa kata cuba beberapa cara berikut untuk meredakan sakit gigi .
- Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
- Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur . Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
- Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
- Gigit tiga kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang , tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.
- Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
- Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
Mari kita sama-sama cuba dan amalkan jika perlu .
#EyFaN
No comments:
Post a Comment
Thanks and Come Backk :)