Pages

Sunday 8 September 2013

Strategi Melunaskan Hutang .

Waddup Blogger ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua . Apa Khabar kamu di sana ? Sihat ? Alhamdulillahh . Mood Masih Tengah Happy ni Sebab Baru Lepas Dapat no 2 Kompang Kebangsaan . Tapi mesti ada yang Mood agak Kurang Baik sebab mungkin ada yang terjebak dalam gejalan HUTANG


Den percaya mesti ada yang sedang bergelut untuk Keluar dari Hutang . Apa pun alasan kita berhutang, alangkah indahhnya hidup bila hutang hutang tersebut dilunaskan semasa kita hidup lagi . Hal ini dibuktikan melalui keluh kesah dan rintihan mereka terjerat dengan hutang . Hidup jadi huru hara kerana hutang . 


Ok Ifan nak Share Sikit cara mudah yang boleh di amalkan iaitu 4 Prinsip dan 7 Strategi :-

4 Prinsip : 
  • Beli sesuatu secara tunai . Jika belum mampu sabarlah dan terus menyimpan
  • Hidup Dibawah Kemampuan bukan ikut Kemampuan . Jika Pendapatan sebanyak itu belanjalah sebanyak itu . Ini namanya hidup ikut kemampuan . Gaya Hidup begini umpama berada di tebing'gaung hutang' yang dalam . Hidup Dibawah kemampuan ,tidak begitu . Berbelanja mengikut keperluan bukan kemahuan. Barulah ada baki untuk disimpan . 
  • Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit . Jika rasa berat menyimpan setiap bulan , menabunglah setiap hari . Mula menabung RM2 sehari dihujung bulan dapat menyimpan RM60 . Bila dah biasa , Menyimpan RM200 sehari pun rasa biasa saja . Jika RM200 sehari , setahun dapat menyimpan RM72,000 . Jika Sepuluh tahun ? Semua orang boleh menyimpan kerana ia bukan soal jumlah ,tetapi soal tabiat . Dan tabiat menyimpan adalah tabiat orang orang yang berduit.
  • Libatkan diri dalam bisnes , tapi bukan skim skim'bisnes' . Anggap gaji itu sebagai duit untuk hidup bulan bulan , dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun , jangan lebih dari 50% . Duit Hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan bebas dari hutang . 


7 Strategi : 
  • Jangan buat hutang lagi .
  • Langsaikan hutang yang interestnya paling tinggi dulu .
  • Buka dana 'full-settlement' hutang.
  • Gunakan duit 'durian runtuh' seperti bonus untuk langsaikan hutang.
  • Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam 'full-settlement' hutang .
  • Bila sudah selesai satu hutang , simpan ansuran bulanan seterusnya ke dalam dana 'full-settlement' hutang.
  • Bayar hutang secara Automatic.

Ok Ifan Just nak share apa yang ifan tahu . Semua ni pun Ifan ada baca 1 buku ni , then dapat idea trus update and share . Kalau na Ikut Prinsip dan strategi ni pun bolehh :) 

*Credit - Mudahnya Menjemput Rezeki by Fathuri Salehuddin *

                                                                                                                              #EyFaN




No comments:

Post a Comment

Thanks and Come Backk :)