Pages

Sunday 25 August 2013

Bersama Selamanya !

Waddup Blogger , 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua reader ? Sihat tak hari ni ? Sihat tak sihat kena baca jugakk Blog den ni hehe . Ok Hari ni Spend Time bersama kawan-kawan pergi Open House then terus main Futsal kejapp dekat Sport Planet dengan dorang hehe . 


-Bersama Selamanya-

Pikirkan budak Perempuan tak reti main futsal , gila hebat je memasing . Sebenarnya ada lagi , tapi ada yang dah balik so tinggal yang ni jee haha . And The Best Moment is budak perempuan yang baju hitam yang kecik comel tu dia Hatrik ok ? haha . Problem ? Yang Lelaki semua tu dari pasukan Co Za Galaxy FC under 15 ok ! haha . if nak Friendly PM je ok ? Promote jap .


*Jangan Ingat Perempuan Hanya Hebat di Dapur malah Hebat Juga Di Arena*

                                                                                                                                #EyFaN




Saturday 24 August 2013

Kenapa Terdapat Poket Kecil pada Seluar jeans anda ?

Waddup Blogger , 

Assalamualaikum dan salam Sejahtera kepada semua reader . Apa Khabar korang ? Sihat ? kita sudah hampir sampai ke pertengahan Hari Raya AidilFitri , Mesti banyak orang invite korang datang rumah open house kann ? haha . Kalau dah di ajak tu di haruskanlah pergi agak dia tidak kecil hati . Kalau tak ajak tuu diam-diamkan lahh diri hehe .



Ok Topik hari ni nakk share pasal 'Kenapa terdapat Poket Kecil ada Seluar Jeans anda ?' hampir rata-rata orang lelaki di sini pernah memakai seluar jean. Jika ada yang beranggapan ia merupakan seluar yang kurang sopan , kenyataan tersebut tidak benar. Namun kita bukan mahu bercakap tentang soal pakai ke tidak, tetapi tentang keunikan poket kecil yang terdapat pada bahagian atas poket besar. Bagi kita ia seolah-olah seperti tiada fungsi. Tapi sebenarnya ia mempunyai fungsi dan sejarah tersendiri.

Langsung tidak terlintas dalam kepala hotakk kita ? Kenapa Seluar Jeans selalu ada Poket kecil atau nama lainnya Saku kecil di bahagian atas poket besar ? Sekali pandang saku kecil ini tak ada fungsinya selain hanya tampalan untuk menambah aksesori gaya pemakainya, atau mungkin ciri khas seluar jeans. Namun, dari saku comel inilah sebenarnya boleh dibaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi Strauss tahun 1880 ini, lapan tahun selepas jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun 1872.

Sebagai jenis tekstil, jeans pertama kali dibuat di Genoa, Itali tahun 1560-an. Kain seluar ini biasa dipakai oleh angkatan laut. Orang Perancis menyebut seluar ini dengan sebutan “bleu de Genes”, yang bererti biru Genoa. Meski tekstil ini pertama kali dihasilkan dan digunakan di Eropah, tetapi sebagai fashion, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahun yang mengadu nasibnya ke San Francisco sebagai peniaga pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.

Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali sebuah khemah yang diperbuat dari kain kanvasKain kanvas ini dipotongnya dan dibuat menjadi beberapa seluar yang dijual pada para pekerja lombong emas. Dan ternyata para pekerja menyukainya kerana seluar buatan Strauss tahan lama dan tak mudah koyak.Strauss menyempurnakan “penemuannya” dengan memesan bahan dari Genoa yang disebut “Genes”, yang diubah oleh Strauss menjadi “Blue Jeans”.


Di sinilah para pelombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan “menobatkan” seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong. Para pelombong emas itu mengelar seluar Strauss dengan “those pants of Levi` s “atau” Celana Si Levi “. Sebutan inilah yang memulakan tanda dagang pertama seluar jeans pertama di dunia.
Naluri perniagaan Strauss yang tajam membuatnya mengajak pengusaha sukses Jakob Davis untuk bekerja sama , dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan kilang seluar jeans pertama dan produk reka bentuk mereka yang pertama adalah “Levi` s 501 “.


Produk reka bentuk pertama memang dikhaskan bagi para pelombong emas. Seluar ini mempunyai 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan. Kerana diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya-ria. Tetapi saku atau poket comel kecik molek ini dirancang untuk menyimpan butiran-butiran emas yang berukuran kecil.
Meskipun kini jeans dihasilkan dalam pelbagai jenama dan bukan hanya untuk para pelombong , tetapi saku atau poket comel itu tetap ada kerana mungkin mengekalkan fesyen asalnya . Tentu saja hari ini fungsinya bukan lagi sebagai tempat menyimpan butiran emas . Mungkin Sebuah tempat simpanan Handfone atau duit Syiling .
*Sejarah Seluar Jeans*
                                                                                                                                  #EyFaN

Wednesday 21 August 2013

Sembahyang Hantu bagi Masyarakat Cina




Ini adalah kepercayaan orang cina. Sebelum saya bercerita hal ini, tolong jangan mengatakan bahawa saya jatuh syirik dan terkeluar dari agama Islam kerana mempercayai kisah ini. Hal ini saya kongsikan kepada umum sebagai tanda 1 Malaysia utk sama² kita tahu mengapa sembahyang hantu di adakan setiap kali datangnya bulan Ogos.

15 hari yang lalu bermulalah sembahyang hantu bagi masyarakat cina di seluruh dunia. Ianya adalah bertujuan untuk menghalau hantu-hantu yg keluarnya dari pintu neraka supaya tidak mengganggu mereka. Acara ini di adakan dgn cara membakar 'duit'.

Hari ini bermula jam 12 tgh malam tadi, jatuhnya hari keramat di mana hantu-hantu paling garang dan jahat keluar dari neraka paling jahanam. Sebab itulah semalam korang dapat melihat jiran-jiran tetangga korang yang berbangsa cina seolah-olah membakar kertas tepi jalan di hadapan premis perniagaan mahupun di kediaman masing². Jika tidak melakukan hal sedemikian, hantu-hantu jahat yg garang ini akan memberontak dan mengganggu tanpa belas kasihan.

Adakah tragedi bas terjunam ke dalam gaung yang meragut 33 nyawa sebentar tadi ada kena mengena dengan kisah ini. Wallahuallam, cukuplah kita yg Islam ini menganggap ianya suratan takdir yg sudah di tulis Illahi.

Biarkan mereka dengan kepercayaan mereka. Setiap agama mempunyai kepercayaan masing². 


*Just Share*

                                                                                                                            #EyFaN

Monday 19 August 2013

Gagal Sekali Tak Bermakna Gagal Selamanya

Waddup Blogger .
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kepada Semua pembaca . Apa Khabar ? Sihat ? mesti ada yang Mood yang tak ok sebab Result Trial PMR dah keluar and ada yang tengah menduduki Trial SPM

Alright , gagal Sekali tak bermakna gagal Selamanya , btw korang masih ingat lagi tak kisah kura-kura dan arnab ? ehh kalau korang tak tahu ni , sedihh lahh . Korang lahir tahun bila ni ? takkan Cikgu tak cerita kisah kura-kura dan arnab ? 

Meh den Cito ann skit .. 
       Di suatu hari ,,





Dan pemenangnya adalah 'KURA-KURA' (ayat Upin Ipin) Yeayyy ! Tahniah tahniah  . Tetapi macam mana arnab yang laju tu boleh kalah eak ? 


Sebab arnab tu ada perangai yang biasa kita tengok atau jumpa pada orang melayu, that is suka sombong dan berlagak apabila berada di hadapan. Bila dia dah kat depan, confident level dia untuk menang sangat memuncak sehingga dia leka dan lalai sehingga kura kura, haiwan yang mempunyai sifat sabar yang tinggi dan tak mudah putus asa (yang mana susah nak nampak dalam orang melayu) berjaya memotongnya dan menang pada akhirnya. Walaupun kura kura kalah pada awalnya, tapi sebab determination yang kuat yang ada di dalam diri kura kura, kura kura berjaya menang perlumbaan itu.

Den pun ada sorang member yang perangai di sebijik macam arnab ni ? Di terlalu Sombong dan berlagak dengan satu subjek yang dia suka , ramai kat kelas selalu kena ejek dengan dia , wahh Broo ! Lu jangan nak Bongkak sangat eyy ? tak kemana pun kalau kau sombong dan berlagak bagus . 

So lesson learned .. 

kek bawah ni ado lah sikit Full Video tentang cerita tadi , Thanks to Youtube yang menyiarkan video ini untuk tatapan Umum . Serta Terbitan Filem Negara Malaysia .



#Jangan Sombong dan Berlagak di Dunia , Kita masuk Khubur juga nanti :)
                                                                                                                                 
                                                                                                                              #EyFaN

Friday 16 August 2013

Sunway Dayy

Waddu Blogger ,

Assalamualaikum , Salam Sejahtera dan Salam Lebaran . Apa khabar Kamu di sana ? oh kita dah sampai Raya ke-9 kann ? duit raya Korang Mesti banyakk Gila , Den ni haa , baru dapek Duit rayo , dah pogi Sunway Pyramid . 

Ok , Ini first time den pogii Sunway Pyramid Dengan abang and kawan-kawan dia . Waa kalau pergi Sunway bawak RM50 memang tk cukup weyy . Sedih aku pergi habis duit main Ice Skating / Makan / Tambang . wow ! tapi puas Hati lah , but ada yang tak puas hati sebab nak Usya Budak Perempuan yang pakai cap Obey tu , Comell weyy , Melting Kejap Tengok diaa :o 

-Tompek Totinggi VVIP-

Main Ice Skating Macam orang gila wey first-first . Asyik Jatuhh yoo , nasib jatuh tak terok , ada Glove tahan , klau tkk wow Beku tangan aku . Ni pun pakai Glove dah sojukk . Tapi tak lehh Ngelak dari Jatuh lahh , ada Yang Batu Api tak leh tgok orang tk jatuhh , saje je nak jatuh kan . Sapa lagi kalau bukan abang aku . Haishh Sabar je la . 

Ok Just Wanna Share with You All :) 

                                                                                                                          #EyFaN

Thursday 15 August 2013

Dunia Sekarang !

Waddup Blogger ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Semua Pembaca . Dah Macam-macam benda kita dengar dari negara luar tentang ISLAM . Antara nya Nama 'Muhammad' Kini Paling Popular untuk Bayi Baru Lahir Di Britishh .



Nama Muhammad merupakan nama paling popular di British dan menjadi pilihan untuk bayi yang baru dilahirkan sejak tiga tahun berturut-turut. Menurut dailymail lagi, nama Mohammed telah mengatasi nama pilihan sebelum ini iaitu Jack. Nama Jack telah 14 tahun menjadi nama paling popular untuk bayi lelaki baru dilahirkan.
Sebanyak 7,549 bayi yang baru lahir diberi 12 variasi nama Nabi Muhammad tahun lalu, seperti Muhammad dan Mohammad.
Sebelum ini nama Mohammed berapa pada tangga ke 16 tetapi naik kepada no 1 apabila kajian dibuat dengan mengumpulkan nama Mohammed,Muhammad, Mohammad atau yang memberi maksud kepada Nabi Muhammad.

Kalau di Malaysia mungkin lebih popular dengan MOHD sebagai singkatan kepada Muhammad . Malahh ada Juga Orang Malaysia yang suka Meletakkan Nama 'Evan' Sebagai Nama Panggilan atau nama untuk Bayi yang Baru Lahir .
Antara nama Muhammad dalam variasi ejaan berbeza yang popular :
Muhammad, Mohammad, Muhammed, Mohamed, Mohamad, Muhamed, Mohammod, Mahamed, Muhamad, Mahammed and Mohmmed.
PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.

                                                                                                                      #EyFaN

Monday 12 August 2013

Rokok PEMUSNAHH


Waddup Blogger .


Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada Semua pembaca blog Den ni haa . Sihat ? Harap Awak Sihatt . Sekarang ni dah raya ke berapa dah ni ? Duit Raya korang mesti banyak an ? ok Entry kali ni bukan pasal Duit Raya or apa-apa la . 

Ok , Tabiat manusia zaman sekarang terlalu Ketagih Dengan RokokPastinya ramai, yang sudah mengetahui tabiat merokok bukan sahaja disifatkan sebagai membakar duit malah boleh menjejaskan kesihatan kerana boleh mendedahkan penghisapnya kepada pelbagai penyakit berbahaya, seperti barah paru-paru, sakit jantung, barah pankreas, tekanan darah tinggi , barah tekak dan mulut


Sejumlah 90% barah paru-paru disebabkan oleh amalan merokok dan didapati penyakit itu juga tinggi di kalangan orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok atau perokok pasifKanser yang sering berlaku adalah kanser mulut. Jika anda tidak mahu tergolong di dalam sumbangan negara ini, berikut adalah kaedah yang betul untuk berhenti merokok:

- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Buang semua yang berkaitan dengan rokok
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- beranikan diri untuk berkata tidak jika ditawarkan rokok
- Sentiasa berfikiran positif 
- Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan rakan
- Banyakan mandi dan minum air sejuk
- Lawan keinginan untuk merokok
- Dapatkan rawatan pergigian
- Tarik nafas dalam-dalam dan berdoa kepada Tuhan
- Dapatkan nasihat dan masuki Klinik Berhenti Merokok

Dengan berhenti merokok dalam masa 20 minit, tekanan darah dan kadar nadi akan kembali kepada normal. Apabila anda berhenti merokok, berikut adalah faedah berhenti merokok :



- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat .

-Katakan Tidak Kepada Rokok-



Berhentilah merokok bermula dari hari ini . Jangan terpedaya dengan iklan rokok.dan pelawaan rakan terdekat. Ingatlah bahawa apabila anda berhenti merokok, anda telah menyelamatkan diri anda, keluarga dan orang sekeliling yang lain. Sayangi diri anda dan ingatlah yang tersayang.



*Muhammad Irfan Bukan Seorang PEROKOK* 

                                                                                                                      #EyFaN

Saturday 10 August 2013

Proud To Be N9

Waddup Blogger ,
Assalamualaikum dan salam Sejahtera kepada Semua pembaca Blog-ku . Alhamdulillah masih berkesempatan untuk tulis entry ni . Apa Khabar kamu di sana ? ehh kita dah Raya kann ? macam mana ? banyak duit dapat ? haha mestilah banyak kan , ifan dah susah nak dapat duit dahh . ketinggian dah Max . btw , Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin . Maafkan ifan kalau ada buat salah kat korang . 

ehh , korang dah layan lagu Waris ft Juzzthin ? Botingkek ? akhirnya MV dia siap punn , penat tunggu wooo ! haha . 


I Was Proud To Be N9 Boy .. wo!!!

Hope Awak Enjoy lahh eyyy . Ok Selamat Beraya Semua .


Tuesday 6 August 2013

Beraya Bersama Kasut Nike

Waddup Blogger ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Semua Pembaca Blog Ku . Alhamdulillah Masih lagi Berkesempatan Untuk Taip Entry ni . Macam Mana Puasa ? Kita Sudah Hampir ke penghujung Ramadhan yang mulia ni dahhh . 

Wahh Pejam Celik Pejam Celik dahh nak Raya kann ? Rasa macam baru je Puasa Minggu Lepasss . Harap Dapat Jumpa Lagilah Bulan Ramadhan Yang Indah dan Penuh Kemuliaan ni . Insyaallahhh .

Ok ifan nak Share sikit accesori Raya yang ifan baru Beli semalam , ala biasa-biasa je . ifan bukan kaya sangat punn . Tapi ifan Bersyukur dengan Rezeki yang Dikurniakan Allah untuk Family ifann semua . Semalam Keluar Dengan Abah cari Kasut Raya kat Al-Ikhsan Seremban 2 . Waaaa ! Kasut dia lawa-lawa . gila rasa nak beli je tapi duit tak cukupp . 

Abah bagi Dua Pilihan masa tu antara Adidas dengan Converse . Adidas tu Patern baru name dia Adidas Neo Label tak silapp . tapi ifan tak minat la . Then Converse tu ifan dah minat dahhh last-last tak de saiz . Hampa gilaa . Thenn ternampak pulakk Satu Kasut ni , Nice and Smart . Check-check nasib ada Saiz , kalau tak de hmm hampa lagi la jawabnyaa .

-Nike Wardour low-


amacam ? Ok ? Nice kan . Mula-mula nak ambik warna Putih , then abah cakap takut cepat kotor , so ambik lah colour ni . Harga dia ? Ok boleh lahh tahan , mesti korang dah boleh bajet kan harga Nike macam mana . Nak buat macam mana dah minat , abah kasi jugak ambikk hehe . Thanks Abahhh !!

Ok , Dikesempatan ini , ifan nak Mintak Maaf sekali lagi kalau ifan ada buat salah dekat korang , terguris hati korangg ke apa ke kann ? Maafkan lahh Hamba Allahh nii . And 'Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir & Batin' . Raya nanti datang lahh rumahh hehe ..

                                                                                                                       #EyFaN

Sunday 4 August 2013

Kad Raya

Waddup Blogger ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Semua Pembaca Blog Ku . Alhamdulillah Masih lagi Berkesempatan Untuk Taip Entry ni . Macam Mana Puasa ok ? Penuh ark ? haha . Hope Korang Penuh la tahun ni , Sape Tak Puasa Penuh Tak Leh Raya wooo .

Dikesempatan ini saya nak Ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir & Batin Kepada Semua ! Harap Korang Raya Dengan Gembira ok ? Tak ada Saja nak Cakap Awal-awal ni takut tak sempat . Maklum lahh Kita mana tahu , bila nyawa kita akan ditarik kann ? 


Pojam colik pojam colik,
   Dah nak abis puasa,
   Pojam colik pojam colik,
   Dah nak rayo,
   Pojam colik pojam colik,
   Dah banyak doso.
   Sebolum pojam tak colik-colik,
   Ampun maaf dipinta.

Maafkan saya k , kalau saya ada buat salah kat korang , Terkasar bahasa ke Terguris hati ke whatever la . maafkan saya k . Saya Sediakan Kad Raya ini Untuk Tatapan Korang . Nak Print tak mampu , tak de bajet hehe . 


Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin dari Saya Sekeluarga . Assalamualaikum . 

                                                                                                          #EyFaN