Pages

Wednesday 18 December 2013

Masanya Sudah Tiba

Waddup Blogger ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera . Lama tak Update Blog ni , fuh fuhh ! Berhabuk sudahh . Wahhh Esok adalah Harinya hmm . Ready tak ready mesti jugak pergi betul tak ? Wish Me luck for Tomorrow Guys :)

I'm Ready !


Menghitung Jam je sekarang , Result PMR nak keluar dahhh . Waaaaa ! Seramm nii . Keputusan ni merupakan penentu kepada segala usaha gigih aku sebagai Batch terakhir yang menduduki Peperiksaan ini . Selain itu , merupakan tiket untuk aku kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM atau Sekolah Menengah Teknik/ Vokasional dan setaraf dengannya . Tapi aku hanya Mohon Sekolah Teknik sahaja . Di mana lagi dekat Negeri Sembilan ni selain Teknik Tuanku Jaafar huhu . 

Antara Marking grade PMR (info from KPM) 

  • BahasaMelayu                          67 A
  • Kemahiran Hidup                     75 A 
  • Mathematik                              72 A 
  • Bahasa Inggeris                       67 A 
  • Pendidikan Agama Islam         70 A 
  • Sejarah                                     75 A 
  • Geografi                                   75 A
  • Sains                                        70 A

Kepada Sesapa yang Ingin Check Keputusannya Melalui SMS sila Ikut cara dibawah :-

Cara Semakan Keputusan PMR 2013 Guna SMS

Semakan SMS: Taip PMR [No KP] [angka giliran] dan hantar ke 15888
Contoh: PMR 970310125879 hantar ke 15888

Semoga berjaya diucapkan kepada semua rakan-rakan sebaya ku yang mengambil PMR . Hope korang dapat yang terbaik dan usaha korang semua berbaloi . Insyaallah .




                                                                                                                    #EyFaN


Sunday 8 December 2013

Bila Amoi Pakai Tudung Dan Sindir Wanita Islam

Waddup Blogger , 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua . Long Time no See me right ? Biasalah , bzy sikit huhu . Hmm , Menghitung hari je sekarang ni , Result PMR nak keluar , Sabar je lahh .

Ok Bila baca entry ni mesti korang nak tahu apa benda yang belaku kan ? Ada Sorang Amoi ni dia Upload gambar dekat FaceBook dan Sindir Wanita IslamHaa ! kan dah terkena , dalam keadaan sekarang di mana ramai orang Islam terikut-ikut cara bukan Islam termasuk mencacah tatoo , bersosial melampau , membela anjing kerana hobi dan pelbagai lagi , tampil pula individu bukan Islam bertindak sebaliknya .



Jika sebelum ini ada yang memilih untuk berpuasa bagi menyelami keadaan rakan-rakan muslim , kini ada seorang gadis Cina pula memakai tudung . Gadis tersebut dikenali sebagai Yun Wat'ever berkata ,

"Tu diaaaa as i told you guys. I,m not muslim. Tapi ni la hasilnyaaa kalau amoi dipakaikan tudung. So how??? Ngam truk??? Hahahaha"

Apa yang menarik , gadis berkenaan menyatakan dia bertindak sebegitu untuk menunjukkan kepada perempuan Islam di luar sana betapa indahnya kalau bertudung. 



Malah apabila ada yang rakannya memberi komen Islam itu ‘simple’ (tidak menyusahkan), gadis yang dikenali sebagai Yun ini menyatakan, ‘simple tu lah remaja Islam sekarang tak boleh nak ikut.’

Nampaknya , pernyataan ini pasti agak pahit untuk dihadam oleh sesetengah perempuan Islam hari ini bukan?
 - Camne?, memang betul2 cun kan amoi nih , Melting wa tengok xD

*Mana Wanita Islam ? 



                                                                                                                           #EyFaN




Friday 8 November 2013

Peserta Maharaja Lawak Mega 2013

Waddup Blogger , 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kepada Semua Reader . Rasanya program Maharaja Lawak Mega ini tidak perlu diperkenalkan lagi , memang satu program yang hangat di Malaysia . Ianya merupakan satu program lawak yang menampilkan peserta dari negara Malaysia , Singapura dan Indonesia .


Antara 13 Peserta yang telah menempak tiket awal untuk beraksi secara automatik di Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013.

  •  Jambu
  •  Boboi
  •  Shiro
  •  Saywho
  •  Wala
  •  Comey
  •  Nabil
  •  Osama
  •  Tulang
  •  Bocey
  •  Sepahtu
  •  Kucai
  •  SYJ

Mari kita saksikan Preview Peserta-peserta . 




Manakala berikut merupakan senarai 12 peserta Maharaja Lawak Mega 2013 yang lain yang perlu melalui perjalanan yang lebih berliku sebelum mampu menempatkan diri dalam persaingan Maharaja Lawak Mega 2013.
  •  Shake
  •  Glory
  •  Santan
  •  Hai
  •  Mamu
  •  Zero
  •  Pajak
  •  Gadai
  •  Kecik
  •  2Yol
  •  Gerak
  •  Keross


12 peserta
Maharaja Lawak Mega 2013 ini akan melalui satu ujian di Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2013 yang akan disiarkan pada hari Jumaat , 8 November 2013 jam 10 malam . Hanya tiga peserta akan dipilih oleh juri profesional untuk melengkapkan seramai 16 peserta Maharaja Lawak Mega 2013.

Tarikh Siaran program Maharaja Lawak Mega 2013.

Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013
 akan bersiaran secara langsung mulai 8 November 2013 (pemilihan peserta) manakala siaran rasmi mulai 15 November 2013 pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

   
                                                                                                                    #EyFaN

Wednesday 6 November 2013

Dirasuk Ketika Menonton Highland Tower

Waddup Blogger , 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua . Agak terkejut bila baca tajuk entry ini bukan ? Saya sendiri pun terkejut bila tahu berita ini . Alhamdulillah , masa aku pergi hari tu tak kena dan kawan-kawan aku pun turut selamat .

Seorang Perempuan yang menonton filem Highland Tower di pawagam telah dirasuk hantu , menjerit-jerit dalam pawagam di Brunei . Sesiapa yang berada dalam pawagam ketika itu mesti best kerana menambahkan mood seram walaupun fokus pada skrin terganggu seketika .





Pihak MiG menasihatkan kepada mereka yang lemah semangat supaya tidak menonton filem ini. Video rakaman nie adalah rakaman sebenar dari penonton di Brunei

Ini adalah kisah benar apa yang dilihat itu yang terjadi semasa di set penggambaran dan ianya dirakam oleh camera. Oleh itu anda yang lemah semangat dinasihatkan agar jangan menonton filem ini.





                                                                                                                   #EyFaN

Monday 4 November 2013

Giveaway Small Star


Sejarah Maal Hijrah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua reader . Hari ini nak share sikit 'Sejarah Maal Hijrah atau Awal Muharram' .





Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam . Pertama , memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi dan kedua , ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri . Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
KISAH HIJRAH
RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (AS) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira . Jibrail memberitahu Nabi Muhammad , baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia . Pada peringkat awal , Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda . Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka , baginda segera akur.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah . Begitupun , kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir , terutama bangsa Quraish , yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu , Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah . Satu hari pada tahun 622M , iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah , Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.
Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT . Malaikat Jibrail (AS) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (RA) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.
Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (RA). Baginda memberitahunya: “Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah.” Ali (RA) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu , mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda . Apabila fajar menjelang , mereka terperanjat melihat Ali (AS) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakar (AS) keluar dari Makkah pada malam itu juga . Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakar, Aishah dan Asma , serta orang gaji mereka , Abdullah .
Rasulullah (SAW) dan Abu Bakar bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakar (AS) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini , melindungi mereka daripada bahaya . Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar , Rasulullah (SAW) dan Abu Bakar (AS) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka , Abdullah.
Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT , Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira . Setelah sekian lama , Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan . Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan , penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.
Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah , sebelum tibanya Rasulullah di Madinah , Islam semakin kukuh di tempat baru itu , sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam .




                                                                                                                        #EyFaN

Sunday 3 November 2013

Amalan Salam Dalam Islam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua reader . Topik Entry kali ini adalah 'Amalan Salam Dalam Islam'.




Assalamualaikum (bahasa Arab: السلام عليكم al-salāmu 'alaykumselamat sejahtera ke atas kamu semua) merupakan ucapan salam dalam bahasa Arab, dan digunakan oleh umat Islam. Ucapan ini adalah Sunah Nabi Muhammad S.A.W. , yang dapat mereratkan ukhuwah Islamiyyah umat Muslim di seluruh dunia . Memberi salam adalah sunat , sedangkan menjawabnya adalah wajib .  



Abu Umammah RA meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda:”Orang yang lebih dekat kepada Allah SWT adalah yang lebih dahulu memberi Salam.” (Musnad Ahmad, Abu Dawud, dan At Tirmidzi)  

Abdullah bin Amr RA mengisahkan bahawa seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Rasulullah SAW menjawab: Berilah makan orang-orang dan tebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kamu saling mengenal ataupun tidak.” (Sahihain) 


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kamu tidak dapat memasuki Syurga kecuali bila kamu beriman. Imanmu belumlah lengkap sehingga kamu berkasih-sayang satu sama lain. Maukah kuberitahukan kepadamu sesuatu yang jika kamu kerjakan, kamu akan menanamkan dan memperkuat kasih-sayang diantara kamu sekalian? Sebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kepada yang kamu kenal mahupun yang belum kamu kenal.” (Muslim) 


                                                                                                                                        #EyFaN


Saturday 2 November 2013

10 Jenis Sombong Yang Boleh Membawa ke Neraka

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera . Salam November kepada semua . Ok topik hari ini pasal '10 Jenis Sombong Yang Boleh Membawa ke Neraka'



Jangan Berjalan Di Muka Bumi Allah Dengan Lagak Sombong

Neraka Tempat Orang Yang Sombong 

Kisah yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 10 Jenis Sombong Yang Boleh Membawa Ke Neraka. Sombong atau takabbur ertinya perasaan tinggi diri oleh si pelaku terhadap satu atau lebih mengenai dirinya dalam aspek-aspek kehidupan. Seseorang itu boleh bersikap sombong kepada orang di sekelilingnya jika dia mendapati kedudukannya lebih tinggi berbanding orang di sekelilingnya. Kesombongan atau ketakabburan juga boleh berlaku apabila manusia mendapati keturunannya , sifat lahiriahnya sama ada cantik , kacak atau perkasa ataupun kaya dari segi material adalah lebih berbanding dengan orang lain.


Di dalam hal ini kita perlu menyedari hakikat bahawa tidak ada satu makhluk pun di dunia ini yang boeh mengatakan bahawa dia berhak untuk berlaku sombong . Ini kerana , kesombongan atau kebanggaan itu menunjukkan kebesaran atau kehebatan diri seseorang. Sedangkan kebesaran atau kehebatan adalah kriteria mutlak yang menjadi milik Allah s.w.t . Dan tidak ada seorang pun yang boleh memilikinya . Ini seiring dengan sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:

"Allah Ta'ala berfirman (di dalam Hadis Qudsi): Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi."

Neraka Tempat Orang Yang Sombong


 

Antara 10 Jenis Sombong Yang Boleh Membawa Kita Ke Neraka adalah:


1. Memandang Hina Golongan Bawahan.

2. Susah Menerima Pandangan Orang Lain. Sentiasa Merasakan Diri hebat.

3. Tidak Senang Dengan Kejayaan Orang Lain (Kejayaan Blogger Lain Mungkin)

4. Meyimpan Perasaan Dendam Apabila Tidak Dapat Apa Yang Di Kehendaki.

5. Tidak Menghargai Pemberian Orang (Hadiah Dari Kawan-kawan)

6. Suka Memperkatakan Keburukan Orang (Melihat Diri Lebih Sempurna)

7. Mudah Marah Dan Beremosi Apabila Di Kritik. Tapi Begitu Hebat Apabila Mengkritik.

8. Memilih Kawan-kawan Berdasarkan Kedudukan (Memilih Di Antara Blogger Mungkin)

9. Kurang Bermesra Dengan Orang Lain. (Mungkin Sesama Blogger)

10. Susah Meminta Maaf Dan Memberi Kemaafan Kerana Merasakan Diri Hebat


Nota: Maaf kalau kita menggunakan Blogger sebagai contoh kerana kita selalu baca ramai Blogger-Blogger yang berkecil hati dengan sikap sesetengah Blogger yang dianggap "Memilih" dan "Tidak Mesra Alam".


*Kesimpulannya kita tidak berhak mempunyai sekelumit pun perasaan sombong dalam diri, kerana setiap apa yang kita ada bukanlah milik kita. Dipinjamkan Allah untuk sementara. Bila-bila masa boleh diambilNya.


Jom sama-sama kita muhasabah diri. Jauhi 10 sifat yang diatas. Semoga Syurga Milik Kita. 


                                                                                                                        #EyFaN 

Friday 1 November 2013

November Giveaway by Cik Yaya.


Nak Join? Meh Klik Banner.

Cara Hilangkan Rasa Sakit Gigi

Waddup Blogger ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua , Sihat ? hee . Okey Topik Entry kali nak share sikit 'Cara-Cara nak Menghilangkan Rasa Sakit Gigi'




Sakit Gigi Memang Menyeksakan kan kita kan ?  Selain daripada beratur panjang semata-mata nak mendapatkan rawatan perubatan dengan doktor gigi , apa kata cuba beberapa cara berikut untuk meredakan sakit gigi .
  • Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
  • Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur . Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
  • Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
  • Gigit tiga kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang , tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.
  • Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
  • Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.


Mari kita sama-sama cuba dan amalkan jika perlu . 



                                                                                                                          #EyFaN

Thursday 31 October 2013

Waktu Berjimak Yang Dituntut Islam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Semua reader . Hari ni nak kongsi sedikit pasal 'Waktu Berjimak Yang Dituntut Dalam Islam' (Jimak bermaksud bersetubuh)



Sangat Bagus Jika Diamalkan kerana ada keberkatannya.

1) Berjimak pada malam Isnin

-jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s. w. t

2) Pada malam Selasa

-Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin.
-Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.


3) Pada malam Khamis

-Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana dikalangan yang bijaksana atau orang alim dikalangan orang alim.

4) Sewaktu matahari ditengah langit

-Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih. Serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5) Pada malam Jumaat

-Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6) Hari Jumaat selepas asar

-Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhur dan alim.

7) Malam Jumaat selepas Isyak yang akhir

-Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8) Bacalah doa berlindung dari syaitan

-Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya.



                                                                                                                #EyFaN

Wednesday 30 October 2013

Terbaik Daripada yang Terbaik

Waddup Blogger , 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Semua reader . Alhamdulillah hari ni masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara dan diberi nyawa lagi untuk menulis entry ni . Hari ni Entry pasal 'Terbaik Daripada Yang Terbaik'

3 Tahun Aku dekat SeMSe , macam2 dah aku harumkan nama Sekolah aku tu . Kompang , Olahraga , Bola Sepak dan macam-macam lagi . Rasa berat hati nak tinggalkan Sekolah tu , Tengok kepada Result PMR lahh nak tahu punn . 

Selama 3 tahun aku Di SeMSe , Inilah hasilnya :-


2011-2013


Penuh Dengan Kompang je , aktif sangat kan ? haha . Inilah hasil titik peluh aku untuk Sekolah aku , 3 tahun di SeMSe membuat aku jadi Terbaik daripada yang Terbaik . Thanks Cikgu-cikgu yang mengasah Bakat saya . Tanpa Cikgu saya tak pergi Kebangsaan semua ni . 


*Hitung Hari*


               
                                                                                                                           #EyFaN

Tuesday 29 October 2013

4 Cara Perempuan Mencabar Nafsu Lelaki

Waddup Blogger , 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Reader . Topik Entry kali ni adalah '4 Cara Perempuan Mencabar Nafsu Lelaki Tanpa Disedari'


Zaman sekarang ni, macam-macam benda yang tak pernah kita terfikir akan berlaku dah pun berlaku. Bukan sekali tapi berkali-kali.

Siapa sangka zaman sekarang datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Bapa boleh terkam anak yang lahir dari rahim isteri sendiri? Pak guard yang dulu kita boleh harap, zaman sekarang berani memperkosa?

Apa mereka tak punya belas ihsan dengan darah daging sendiri ke sampai tegar berbuat kejam sampai macam tu sekali ? Nafsu mereka ni dah melampau-lampau ke ?

Hinggakan wanita menutup aurat pun tak terlepas daripada menjadi mangsa.

Hakikatnya, semua orang tahu dan faham satu hakikat bahawa lelaki punya nafsu . Walau hanya satu tapi yang satu ini fokusnya lebih kepada nafsu seksual.

Dan sedarkah kita, tanpa kita sedari ramai perempuan cuba mencabar nafsu lelaki ?

Bagaimana?

Saya elok pakai tudung, tutup aurat dengan lengkap, takkan saya masih menggoda kut!

Betul kita dah sempurnakan penutupan aurat kita. Pakaian longgar,labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup dada. Tapi di luar sedar, mungkin kita telah melakukan benda-benda ini :

1. Tunduk
Tunduk pun salah?

Tak, tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda tu. Nah, tak disedari anda dah membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki.

Mencabar nafsu tak?

Ya, tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata lelaki.

2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki

Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian.

Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan menggoda.

3. Lenggok Badan

Tahukah kita, cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?

Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk (bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi), mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.

See?

4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman

Alamak, senyum pun salah juga?

Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’ ? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.

Seperti yang saya katakan tadi , tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir.

Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya lelaki tak tergoda?

Mestilah tak. Senyum kan sedekah tapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi , senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan?

Senyum mesra dan manis tu , sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.

Mungkin anda mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu . Betullah . Tapi takkan anda mahu biarkan ia terus berleluasa ? 

Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya . Insyaallah , mudah-mudahan anda termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah swt.

Monday 28 October 2013

Bahaya Tidur Ketika Lampu Menyala

Waddup Blogger , 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua . Sihat ? Ok topik entry hari ini 'Bahayanya Tidur Ketika Lampu Menyala'





Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.

Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi 
tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.

Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.

Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.

Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.

Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita semua. Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan.
 Wallahu’alam

            
                                                                                                                                #EyFaN