Pages

Tuesday, 8 October 2013

Aku Seorang Blogger ?

Waddup Blogger , 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera . Saya Ucapkann . Bila di fikirkan balikk 'Adakah aku Seorang Blogger ?' Dan abang aku selalu memberitahuku yang Blog ni Boleh buat Duit , So makin tertariklah aku nak berblog ni . Then Lama-lama abang aku kenalkan aku dengan 'Nuffning' , pastu aku dengan rasa pelik je tnye , 'pe tu ? ' Ok, niat asal aku blogging SEBELUM kenal nuff ni , dan SELEPAS aku dapat idea mengenai apa konsep blog yang aku nak buat iaitu PERSONAL , HIBURAN dan BERITA TERKINI . Mari lahh sama-sama kita join Nuffnang yang selalu mengajurkan pelbagai event untuk semua blogger . Nak Daftar Klik Sini .




Nak cerita pasal nama blog ni , Watashi Irufan nama diberi , sempena aku yang gila-gila dengan cito jepun ni . Yang Pelik url lain dari nama http://i-irufan.blogspot.com/  kan ? yang nampak sama pun irufan . Watashi tu adalah 'saya' dalam bahasa Jepun and Irufan itu adalah nama ku (Tukar ejaan sebab nama  tu nampak macam rare gitu ) .



Seronok Sebenarnye berblog ni , aku rasa happy bila orang baca , komen , ambil iktibar dan sokong blog aku dari semasa ke semasa, jadi dari situ aku mula hargai semua kawan-kawan blogging . Aku di luar dan dalam ni lain sikit , dalam dunia Sosial ni aku memang seorang Peramah , tapi di luar aku hanya seorang Pendiam . Aku selalu luahkan pendapat aku tentang dunia sekarang di blog aku dan cuba mendapat respon dari pembaca-pembaca dikalangan kawan-kawan aku. Walaupun aku kenal di dunya nyata sahaja, aku percaya mereka. Sebab Aku Seorang Blogger.


                                                                                                                                   #EyFaN


PMR is OVER !

Waddup Blogger , 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Semua . Sihat ? Wahhh , hati banyak Senang ini harii . Tidak Perlu Menghadap Kertas Berwarna Putih itu lagii ! Alhamdulillahhh ..

Test-testt ! Ehemm-ehemmm !Dengan Lafas Yang Ikhlas Dari Sudut Hati Saya ingin mengatakan yang PMR is OVER ! Dan Tidak ada PMR lagi Di Malaysia ini . Saya Sebagai Batch Terakhir Rasa Bangga dapat menjadi Penutup bagi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2013 !


GoodBye PMR !!! I will never forget you . You teach me how to manage my time wisely and You the only one who will decide my life ways :) 

Sebagai Ganti PMR selepas ini ialah PBSMR yang akan bermula pada tahun hadapan . Mungkin ? Result PMR dikhabarkan akan dikeluarkan pada bulan 12 . tak Sure lagii , So kita tunggu je lahh . 

                                             
                                                                                                                                     #EyFaN

Thursday, 3 October 2013

Kurangkan Ketawa Anda

Waddup Blogger , 

Assalamualaikum dan salam Sejahtera kepada semua pembaca . Didalam minggu yang agak tension dengan Peperiksaan PMR ini jarang Update Blog . Ok bila baca tajuk entry ni mesti korang tertanya-tanyakan kenapa perlu 'Kurangkan Ketawa Anda' ok hari ini ifan akan huraikan sedikit . 

Didalam kita gelak ketawa , ada yang masih tidak menyedari tentang batas-batas ketawa (ehh ketawa pun ada batas) . Ok mari baca sikit ape kisah dibawah :-


Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Umar R.A. berkata: "Pada suatu hari Nabi Muhammad S.A.W keluar kemasjid, tiba-tiba ada orang berbicara-bicara sambil tertawa,
maka Nabi Muhammad S.A.W. berhenti didepan mereka dan memberi salam lalu bersabda: "Perbanyaklah mengingati yang merosak kelazatan."
Sahabat bertanya: "Apakah yang merosakkan kelazatan itu?"
Jawab Nabi Muhammad S.A.W.: "Mati."
Kemudian Nabi Muhammad S.A.W. keluar melihat orang-orang sedang tertawa gelak-gembira,
maka Nabi Muhammad S.A.W. bersabda kepada mereka: "Ingatlah demi Allah yang jiwaku ditanganNyaandaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui nescaya kamu sedikit tertawa dan banyak menangis."
Kemudian dilai hari keluar pula dan melihat orang-orang sedang gelak ketawa sambil berbicara-bicara,
maka Nabi Muhammad S.A.W. memberi salam dan berkata: "Sesungguhnya Islam ini pada mulanya asing dan akan kembali asing, maka untung bagi orang-orang yang asing pada hari kiamat."
Ditanya: "Siapakah orang-orang asing itu pada hari kiamat?"
Jawab Nabi Muhammad S.A.W.: "Ialah mereka yang memperbaiki dimasa kerosakan manusia." (Yakni jika manusia telah rosak moralnya (akhlak) maka mereka tetap memperbaiki akhlak mereka.)


Ibn Abbas R.A. berkata: "Siapa yang tertawa ketika berbuat dosa maka ia akan menangis ketika akan masuk neraka." Orang yang lebih banyak ketawa didunia merekalah yang lebih banyak menangis diakhirat, dan orang yang banyak menangis didunia merekalah yang banyak tertawa diakhirat.


                                                                                                                                         #EyFaN