Pages

Saturday 2 November 2013

10 Jenis Sombong Yang Boleh Membawa ke Neraka

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera . Salam November kepada semua . Ok topik hari ini pasal '10 Jenis Sombong Yang Boleh Membawa ke Neraka'



Jangan Berjalan Di Muka Bumi Allah Dengan Lagak Sombong

Neraka Tempat Orang Yang Sombong 

Kisah yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 10 Jenis Sombong Yang Boleh Membawa Ke Neraka. Sombong atau takabbur ertinya perasaan tinggi diri oleh si pelaku terhadap satu atau lebih mengenai dirinya dalam aspek-aspek kehidupan. Seseorang itu boleh bersikap sombong kepada orang di sekelilingnya jika dia mendapati kedudukannya lebih tinggi berbanding orang di sekelilingnya. Kesombongan atau ketakabburan juga boleh berlaku apabila manusia mendapati keturunannya , sifat lahiriahnya sama ada cantik , kacak atau perkasa ataupun kaya dari segi material adalah lebih berbanding dengan orang lain.


Di dalam hal ini kita perlu menyedari hakikat bahawa tidak ada satu makhluk pun di dunia ini yang boeh mengatakan bahawa dia berhak untuk berlaku sombong . Ini kerana , kesombongan atau kebanggaan itu menunjukkan kebesaran atau kehebatan diri seseorang. Sedangkan kebesaran atau kehebatan adalah kriteria mutlak yang menjadi milik Allah s.w.t . Dan tidak ada seorang pun yang boleh memilikinya . Ini seiring dengan sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:

"Allah Ta'ala berfirman (di dalam Hadis Qudsi): Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi."

Neraka Tempat Orang Yang Sombong


 

Antara 10 Jenis Sombong Yang Boleh Membawa Kita Ke Neraka adalah:


1. Memandang Hina Golongan Bawahan.

2. Susah Menerima Pandangan Orang Lain. Sentiasa Merasakan Diri hebat.

3. Tidak Senang Dengan Kejayaan Orang Lain (Kejayaan Blogger Lain Mungkin)

4. Meyimpan Perasaan Dendam Apabila Tidak Dapat Apa Yang Di Kehendaki.

5. Tidak Menghargai Pemberian Orang (Hadiah Dari Kawan-kawan)

6. Suka Memperkatakan Keburukan Orang (Melihat Diri Lebih Sempurna)

7. Mudah Marah Dan Beremosi Apabila Di Kritik. Tapi Begitu Hebat Apabila Mengkritik.

8. Memilih Kawan-kawan Berdasarkan Kedudukan (Memilih Di Antara Blogger Mungkin)

9. Kurang Bermesra Dengan Orang Lain. (Mungkin Sesama Blogger)

10. Susah Meminta Maaf Dan Memberi Kemaafan Kerana Merasakan Diri Hebat


Nota: Maaf kalau kita menggunakan Blogger sebagai contoh kerana kita selalu baca ramai Blogger-Blogger yang berkecil hati dengan sikap sesetengah Blogger yang dianggap "Memilih" dan "Tidak Mesra Alam".


*Kesimpulannya kita tidak berhak mempunyai sekelumit pun perasaan sombong dalam diri, kerana setiap apa yang kita ada bukanlah milik kita. Dipinjamkan Allah untuk sementara. Bila-bila masa boleh diambilNya.


Jom sama-sama kita muhasabah diri. Jauhi 10 sifat yang diatas. Semoga Syurga Milik Kita. 


                                                                                                                        #EyFaN 

4 comments:

Thanks and Come Backk :)