Pages

Saturday 24 August 2013

Kenapa Terdapat Poket Kecil pada Seluar jeans anda ?

Waddup Blogger , 

Assalamualaikum dan salam Sejahtera kepada semua reader . Apa Khabar korang ? Sihat ? kita sudah hampir sampai ke pertengahan Hari Raya AidilFitri , Mesti banyak orang invite korang datang rumah open house kann ? haha . Kalau dah di ajak tu di haruskanlah pergi agak dia tidak kecil hati . Kalau tak ajak tuu diam-diamkan lahh diri hehe .



Ok Topik hari ni nakk share pasal 'Kenapa terdapat Poket Kecil ada Seluar Jeans anda ?' hampir rata-rata orang lelaki di sini pernah memakai seluar jean. Jika ada yang beranggapan ia merupakan seluar yang kurang sopan , kenyataan tersebut tidak benar. Namun kita bukan mahu bercakap tentang soal pakai ke tidak, tetapi tentang keunikan poket kecil yang terdapat pada bahagian atas poket besar. Bagi kita ia seolah-olah seperti tiada fungsi. Tapi sebenarnya ia mempunyai fungsi dan sejarah tersendiri.

Langsung tidak terlintas dalam kepala hotakk kita ? Kenapa Seluar Jeans selalu ada Poket kecil atau nama lainnya Saku kecil di bahagian atas poket besar ? Sekali pandang saku kecil ini tak ada fungsinya selain hanya tampalan untuk menambah aksesori gaya pemakainya, atau mungkin ciri khas seluar jeans. Namun, dari saku comel inilah sebenarnya boleh dibaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi Strauss tahun 1880 ini, lapan tahun selepas jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun 1872.

Sebagai jenis tekstil, jeans pertama kali dibuat di Genoa, Itali tahun 1560-an. Kain seluar ini biasa dipakai oleh angkatan laut. Orang Perancis menyebut seluar ini dengan sebutan “bleu de Genes”, yang bererti biru Genoa. Meski tekstil ini pertama kali dihasilkan dan digunakan di Eropah, tetapi sebagai fashion, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahun yang mengadu nasibnya ke San Francisco sebagai peniaga pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.

Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali sebuah khemah yang diperbuat dari kain kanvasKain kanvas ini dipotongnya dan dibuat menjadi beberapa seluar yang dijual pada para pekerja lombong emas. Dan ternyata para pekerja menyukainya kerana seluar buatan Strauss tahan lama dan tak mudah koyak.Strauss menyempurnakan “penemuannya” dengan memesan bahan dari Genoa yang disebut “Genes”, yang diubah oleh Strauss menjadi “Blue Jeans”.


Di sinilah para pelombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan “menobatkan” seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong. Para pelombong emas itu mengelar seluar Strauss dengan “those pants of Levi` s “atau” Celana Si Levi “. Sebutan inilah yang memulakan tanda dagang pertama seluar jeans pertama di dunia.
Naluri perniagaan Strauss yang tajam membuatnya mengajak pengusaha sukses Jakob Davis untuk bekerja sama , dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan kilang seluar jeans pertama dan produk reka bentuk mereka yang pertama adalah “Levi` s 501 “.


Produk reka bentuk pertama memang dikhaskan bagi para pelombong emas. Seluar ini mempunyai 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan. Kerana diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya-ria. Tetapi saku atau poket comel kecik molek ini dirancang untuk menyimpan butiran-butiran emas yang berukuran kecil.
Meskipun kini jeans dihasilkan dalam pelbagai jenama dan bukan hanya untuk para pelombong , tetapi saku atau poket comel itu tetap ada kerana mungkin mengekalkan fesyen asalnya . Tentu saja hari ini fungsinya bukan lagi sebagai tempat menyimpan butiran emas . Mungkin Sebuah tempat simpanan Handfone atau duit Syiling .
*Sejarah Seluar Jeans*
                                                                                                                                  #EyFaN

No comments:

Post a Comment

Thanks and Come Backk :)