Pages

Sunday 27 October 2013

Hargailah Peluang Kedua

Waddup Blogger ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Reader , lama tak Update Entry Blog ni . fuhh ! Berhabuk huhu . Entry harini pasal , Hargailah Peluang Kedua ! Entry ni Khas untuk Seorang Perempuan yang tak reti nak Hargai Peluang Kedua yang diberi dan Khas juga kepada semua yang telah diberi Peluang Kedua tetapi tidak tahu cara untuk menghargainya . 





Anda pernah gagal ketika di berikan peluang pertama ? Rasanya ramai yang tak bernasib baik dengan peluang pertama mereka , mungkin berlaku sedikit kesilapan sehingga peluang pertama itu terlepas begitu sahaja . Dan pastinya anda ingin peluang yg kedua untuk membuktikan bahawa anda layak dapat apa yang anda terlepas dahulu.

Bila anda telah diberikan Peluang Kedua berjanjilah pada diri anda yg anda tidak akan mensia-siakan peluang itu dan Hargailah peluang Itu dengan sebaiknya . Ini antara bagaimana caranya anda boleh menggunakan Peluang Kedua itu sebaik mungkin :-

  • Bersyukur kepada-Nya dan banyakkan berdoa kerana Peluang Kedua yg anda dapat itu adalah kurnian-Nya.
  • Rancang dan berusaha lebih banyak untuk membuktikan anda berhak dapat Peluang Kedua itu.
  • Jika anda dapat Peluang Kedua di dalam Hubungan Cinta , berikan komitmen lebih kepada si dia, elakkan dari mengabaikan si dia dan rancang masa depan anda berdua secepat mungkin.
  • Jangan cepat lupa diri , Ingat siapa diri anda sebenarnya , dari mana anda bermula dan siapa yg membantu anda .
  • Jauhkan diri dari sifat tamak , usahakan apa yg termampu dahulu jika anda tak mahu Peluang Kedua kali ini tersia begitu sahaja. 
  • Peluang Kedua dalam pelajaran ? tak mustahil kan ? Jadi berikan tumpuan anda sepenuhnya di dalam apa yg anda pelajari.
  • Bos anda beri anda Peluang Kedua untuk perbaiki prestasi diri di tempat kerja , Jadi apa lagi ?  gunakanlah peluang tersebut sebaik mungkin. 
  • Jangan cepat putus asa dengan dugaan yg mendatang. Ingat! Allah menurunkan dugaan yg banyak kerana Allah mengetahui bahawa hamba-Nya itu kuat imannya.
  • Jangan lupa menghargai insan yg membantu anda mencapai kejayaan selepas di beri peluang sekali lagi.
  • Bersyukur dan bertawakal lah kepada-Nya , kerana apa yg anda miliki semuanya di atas keizinan-Nya.

*Take NotePeluang Kedua ini diberikan kerana anda masih layak menerimanya . Jadi usahakanlah untuk membuktikan anda mampu memberi yang terbaik selepas di beri Peluang Kedua . Dan janganlah Mensia-siakan peluang kedua anda . 

P/S : berikanlah yg terbaik selepas anda berusaha keras untuk mendapatkan Peluang Kedua itu .

 
                                                                                                                       #EyFaN

6 comments:

Thanks and Come Backk :)