Pages

Thursday 31 October 2013

Waktu Berjimak Yang Dituntut Islam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Semua reader . Hari ni nak kongsi sedikit pasal 'Waktu Berjimak Yang Dituntut Dalam Islam' (Jimak bermaksud bersetubuh)



Sangat Bagus Jika Diamalkan kerana ada keberkatannya.

1) Berjimak pada malam Isnin

-jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s. w. t

2) Pada malam Selasa

-Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin.
-Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.


3) Pada malam Khamis

-Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana dikalangan yang bijaksana atau orang alim dikalangan orang alim.

4) Sewaktu matahari ditengah langit

-Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih. Serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5) Pada malam Jumaat

-Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6) Hari Jumaat selepas asar

-Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhur dan alim.

7) Malam Jumaat selepas Isyak yang akhir

-Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8) Bacalah doa berlindung dari syaitan

-Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya.



                                                                                                                #EyFaN

Wednesday 30 October 2013

Terbaik Daripada yang Terbaik

Waddup Blogger , 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Semua reader . Alhamdulillah hari ni masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara dan diberi nyawa lagi untuk menulis entry ni . Hari ni Entry pasal 'Terbaik Daripada Yang Terbaik'

3 Tahun Aku dekat SeMSe , macam2 dah aku harumkan nama Sekolah aku tu . Kompang , Olahraga , Bola Sepak dan macam-macam lagi . Rasa berat hati nak tinggalkan Sekolah tu , Tengok kepada Result PMR lahh nak tahu punn . 

Selama 3 tahun aku Di SeMSe , Inilah hasilnya :-


2011-2013


Penuh Dengan Kompang je , aktif sangat kan ? haha . Inilah hasil titik peluh aku untuk Sekolah aku , 3 tahun di SeMSe membuat aku jadi Terbaik daripada yang Terbaik . Thanks Cikgu-cikgu yang mengasah Bakat saya . Tanpa Cikgu saya tak pergi Kebangsaan semua ni . 


*Hitung Hari*


               
                                                                                                                           #EyFaN

Tuesday 29 October 2013

4 Cara Perempuan Mencabar Nafsu Lelaki

Waddup Blogger , 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Reader . Topik Entry kali ni adalah '4 Cara Perempuan Mencabar Nafsu Lelaki Tanpa Disedari'


Zaman sekarang ni, macam-macam benda yang tak pernah kita terfikir akan berlaku dah pun berlaku. Bukan sekali tapi berkali-kali.

Siapa sangka zaman sekarang datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Bapa boleh terkam anak yang lahir dari rahim isteri sendiri? Pak guard yang dulu kita boleh harap, zaman sekarang berani memperkosa?

Apa mereka tak punya belas ihsan dengan darah daging sendiri ke sampai tegar berbuat kejam sampai macam tu sekali ? Nafsu mereka ni dah melampau-lampau ke ?

Hinggakan wanita menutup aurat pun tak terlepas daripada menjadi mangsa.

Hakikatnya, semua orang tahu dan faham satu hakikat bahawa lelaki punya nafsu . Walau hanya satu tapi yang satu ini fokusnya lebih kepada nafsu seksual.

Dan sedarkah kita, tanpa kita sedari ramai perempuan cuba mencabar nafsu lelaki ?

Bagaimana?

Saya elok pakai tudung, tutup aurat dengan lengkap, takkan saya masih menggoda kut!

Betul kita dah sempurnakan penutupan aurat kita. Pakaian longgar,labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup dada. Tapi di luar sedar, mungkin kita telah melakukan benda-benda ini :

1. Tunduk
Tunduk pun salah?

Tak, tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda tu. Nah, tak disedari anda dah membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki.

Mencabar nafsu tak?

Ya, tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata lelaki.

2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki

Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian.

Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan menggoda.

3. Lenggok Badan

Tahukah kita, cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?

Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk (bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi), mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.

See?

4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman

Alamak, senyum pun salah juga?

Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’ ? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.

Seperti yang saya katakan tadi , tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir.

Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya lelaki tak tergoda?

Mestilah tak. Senyum kan sedekah tapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi , senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan?

Senyum mesra dan manis tu , sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.

Mungkin anda mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu . Betullah . Tapi takkan anda mahu biarkan ia terus berleluasa ? 

Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya . Insyaallah , mudah-mudahan anda termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah swt.

Monday 28 October 2013

Bahaya Tidur Ketika Lampu Menyala

Waddup Blogger , 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua . Sihat ? Ok topik entry hari ini 'Bahayanya Tidur Ketika Lampu Menyala'





Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.

Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi 
tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.

Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.

Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.

Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.

Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita semua. Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan.
 Wallahu’alam

            
                                                                                                                                #EyFaN

Sunday 27 October 2013

Hargailah Peluang Kedua

Waddup Blogger ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Reader , lama tak Update Entry Blog ni . fuhh ! Berhabuk huhu . Entry harini pasal , Hargailah Peluang Kedua ! Entry ni Khas untuk Seorang Perempuan yang tak reti nak Hargai Peluang Kedua yang diberi dan Khas juga kepada semua yang telah diberi Peluang Kedua tetapi tidak tahu cara untuk menghargainya . 





Anda pernah gagal ketika di berikan peluang pertama ? Rasanya ramai yang tak bernasib baik dengan peluang pertama mereka , mungkin berlaku sedikit kesilapan sehingga peluang pertama itu terlepas begitu sahaja . Dan pastinya anda ingin peluang yg kedua untuk membuktikan bahawa anda layak dapat apa yang anda terlepas dahulu.

Bila anda telah diberikan Peluang Kedua berjanjilah pada diri anda yg anda tidak akan mensia-siakan peluang itu dan Hargailah peluang Itu dengan sebaiknya . Ini antara bagaimana caranya anda boleh menggunakan Peluang Kedua itu sebaik mungkin :-

  • Bersyukur kepada-Nya dan banyakkan berdoa kerana Peluang Kedua yg anda dapat itu adalah kurnian-Nya.
  • Rancang dan berusaha lebih banyak untuk membuktikan anda berhak dapat Peluang Kedua itu.
  • Jika anda dapat Peluang Kedua di dalam Hubungan Cinta , berikan komitmen lebih kepada si dia, elakkan dari mengabaikan si dia dan rancang masa depan anda berdua secepat mungkin.
  • Jangan cepat lupa diri , Ingat siapa diri anda sebenarnya , dari mana anda bermula dan siapa yg membantu anda .
  • Jauhkan diri dari sifat tamak , usahakan apa yg termampu dahulu jika anda tak mahu Peluang Kedua kali ini tersia begitu sahaja. 
  • Peluang Kedua dalam pelajaran ? tak mustahil kan ? Jadi berikan tumpuan anda sepenuhnya di dalam apa yg anda pelajari.
  • Bos anda beri anda Peluang Kedua untuk perbaiki prestasi diri di tempat kerja , Jadi apa lagi ?  gunakanlah peluang tersebut sebaik mungkin. 
  • Jangan cepat putus asa dengan dugaan yg mendatang. Ingat! Allah menurunkan dugaan yg banyak kerana Allah mengetahui bahawa hamba-Nya itu kuat imannya.
  • Jangan lupa menghargai insan yg membantu anda mencapai kejayaan selepas di beri peluang sekali lagi.
  • Bersyukur dan bertawakal lah kepada-Nya , kerana apa yg anda miliki semuanya di atas keizinan-Nya.

*Take NotePeluang Kedua ini diberikan kerana anda masih layak menerimanya . Jadi usahakanlah untuk membuktikan anda mampu memberi yang terbaik selepas di beri Peluang Kedua . Dan janganlah Mensia-siakan peluang kedua anda . 

P/S : berikanlah yg terbaik selepas anda berusaha keras untuk mendapatkan Peluang Kedua itu .

 
                                                                                                                       #EyFaN

Wednesday 16 October 2013

Mari Enjoy Dengan Kisah Kasih Kaisah

Waddup Blogger , 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog den ni hee . Sihat ? kalau sihat tu bagus lah , kalau yang kurang sihat tu pergi lah dapur cari ubat ye hehe .

Ok Hari ni nak share sikit pasal Blog akak Comel ni nama dia Yana .

Actually , Dia ni Senior den , tapi beza tak jauh sangat lahh . But kena lah respect sikit , akak kan ? 



So , aku nak ajak korang baca Blog Kisah Kasih Kaisah ni . 

Setahu aku , akak ni seorang yang pendiam but di Blog nya , Ya Allahh ! Tuhan saja lah yang tahu hahaha .


Normal lah kan kalau Seorang Perempuan ni kaki Blog , lagi pun dia nak buat apa kat rumah selain buka Blog dan taip entry yang menarik untuk dibaca tontonan umum ye dak ? 

Ok , Irfan nak suggest lah kat korang test baca Blog Kisah Kasih Kaisah ni . Seriusly ada baik nya huhu .


SALAM AIDILADHA



                                                                                                                               #EyFaN





Tuesday 15 October 2013

Perjelasan Hukum Nikah Dua kali

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua , Salam AidilAdha ye . Hari nak share sikit apa Hukum Nikah Dua kali daripada Ustaz Azhar Idrus .



Berikutan isu terbaru yang melanda sepasang selebriti  tempata iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal . Penceramah popular , Ustaz Azhar Idrus telah mengambil inisiatif memuat naik sebuah video bagi menerangkan dan memperjelaskan hukum nikah dua kali yang menjadi tanda tanya segelintir pihak mengenai status pernikahan mereka .


Menerusi video berkenaan , Ustaz Azhar Idrus ianya tidak menjadi masalah asalkan pasangan itu melepasi rukun dan syarak sah nikah .

Dan apabila mereka bernikah semula pada kali kedua untuk mendapatkan surat pendaftaran nikah , hukumnya tetap sah . Apa pun , mari kita saksikan video Penjelasan Hukum Nikah 2 Kali oleh Ustaz Azhar Idrus di bawah ini . 


Monday 14 October 2013

Doa Arafah Versi Melayu dan Arab .

 - Bismillah dan Assalamualaikum -

Alhamdulillah hari ini Umat Islam disunnahkan membaca ‘Doa Hari Arafah’ walau di mana pun mereka berada. Satu-satunya doa dimakbulkan Allah SWT pada masa dan tempat tertentu adalah Padang Arafah iaitu hari kesemua Jemaah Haji berkumpul di Padang Arafah, simbolik dan lambang Padang Mahsyar.


Ketikanya ialah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah. Berdoalah di mana jua, kita hanya menyatakan permohonan kita kepada Allah SWT hak menunaikan adalah hak Allah Ta’ala.

Nabi Muhammad Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.” (HR At Tirmidzi dishahihkan Al-Albani)

 Doa Arafah bukan sahaja baik dibaca oleh Jemaah Haji pada hari Arafah, tetapi disunnahkan juga kepada seluruh Umat Muslim di seluruh dunia walaupun tidak berada di Padang Arafah.
DOA ARAFAH

(Dalam Bahasa Melayu)
Ya Allah! Wahai Yang Paling Dermawan dari semua yang memberi, Wahai Yang Paling Baik dari semua yang diharap, Wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi. 

Ya Allah! Sampaikanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya yang terdahulu; Sampaikan selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang kemudiannya; Sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang berada dalam kafilah para malaikat; Sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang berada dalam kafilah para Rasul. 
Ya Allah! Kurniakanlah kepada Muhammad dan keluarganya, wasilah, keutamaan, kemuliaan dan darjat yang tertinggi. 

Ya Allah! Bahawasanya daku mempercayai Muhammad SAW, dan daku belum pernah melihatnya; Maka jangan halangi daku untuk melihatnya pada hari kiamat. Anugerahkanlah padaku supaya dapat berdekatan dengannya. Matikan daku dalam agamanya. Berilah daku minuman dari telaganya, minuman yang segar yang tiada lagi dahaga selamanya dan sesudahnya. Sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu. 

Ya Allah! Bahawasanya daku mempercayai Muhammad SAW dan daku belum pernah melihatnya. Maka perkenalkan padaku wajahnya di syurga. 
Ya Allah! Sampaikanlah salamku yang tak terhingga kepada Muhammad dan keluarganya.
Aamin Ya Rabbal Alamin
Dibawah ini ialah Doa Arafah dalam Bahasa Arab : 


Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah, dan sebaik-baik doa yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah: ‘Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.’” (Hadis Riwayat Tirmizi)


لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِير


Semoga Allah swt mengampuni dosa2 kita dan tahniah bagi yang berpuasa hari ini terutamanya anak-anak ustazah sendiri .

*Sumber *


                                                                                                                                    #EyFaN

Sejarah Hari Raya AidilAdha

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua . Esok Hari Raya Aidiladha bukan ? Apa persiapan yang sudah korang buat ? Mesti ada yang sedang bertungkus lumus di dapur dan ada juga yang tidak puas hati kerana hari ini mereka Kerja . Sabar ya , Sabar itu adalah Separuh dari pada Iman





Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.

Anas Bin Malik R.A berkata: Nabi Muhammad S.A.W pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:



                      إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ  
              

    Maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959. 

Aidiladha juga diberi gelaran sebagai Hari Raya Haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam Rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.

Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail A.S kerana taat kepada perintah ALLAH . Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim A.S sudah bersedia menyembelih anaknya itu . 

Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T :

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.


Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).


Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.


Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." – Surah al-Soffaat: 101-108.

Rentetan dari peristiwa ini , saban tahun ketika merayakan Hari Raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi. 


 - Selamat Hari Raya AidilAdha/Korban Kepada Semua dari I-Irufan Sekeluarga -

  
                                                                                                                                #EyFaN

Sunday 13 October 2013

Jangan Sesekali Menggoncang Bayi !

Waddup Blogger , 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera . Topik malam ni nak Share sikit Kenapa kita tidak digalakkan Menggoncang Bayi ? 



Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. Jangan memegang bayi anda ketika marah. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.

Minta bantuan orang lain. Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak (Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.


Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. Jangan memegang bayi anda ketika marah. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.




                                                                                   
                                                                                                                              #EyFaN




Dunia Orang Takde Awek

Waddup Blogger , 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua . Sihat ? huhu . Bosan di petang Ahad ini , dah Merdeka macam tak Merdeka je . Asyik terperap dalam rumah , nasib ada Blog yang mampu aku luah/share Sesuatu huhu . 

Dunia Orang tak ada Awek macam ni lahh rupanya , Duduk rumah 24JAM  kecuali ke Sekolah . Kadang-kadang ada juga game yang membuat aku jadi Malas , Tak Cukup tidor , Tak siap kerja Sekolah dan lambat hantar Folio iaitu MAT .

Sejak PMR ni Stop kejap layan Game-game ni , sekarang ia datang menyerang semula hidup aku . Game ni memang pernah hampir merosakkan hidup aku . Aku sanggup lewat makan, tidur tak cukup semata-mata nak memasterkan diri dengan game ni, dan pernah gaduh dengan kawan sebab game . Adoi bila di ingat balik , "awat la aku sanggup buat perkara-perkara tak elok tu semata-mata untuk satu game?



Tapi siapa kata main game ni tak bagus ? Ia bagus sebab dapat merehatkan minda dan dalam masa yang sama menguji tahap berfikir kita sebab waktu main game ni , perlukan strategi untuk menang bukan ? Tidakkah ia membuatkan anda berfikir ? Tapi kalau 24/7 bermain, apa jadi pulak ? 

                                                  
                                                                                                                                 #EyFaN

3000 SLE Supporters Giveaway


Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5


3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, GreenAmila, CikkMira


Tamat 24 Oct 2013, 12malam

Saturday 12 October 2013

Bagaimanakah Reaksi Non-Muslim ketika Muslim Solat ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera , Sihat ? harap sihat semua . 

Adakah Non-Muslim akan respect akan Muslim ketika mereka bersolat ? Mari Kita sama-sama Saksian video yang dirakamkan oleh Adam Saleh dan Sheikh Akbar berkenaan dengan solat di khalayak awam . Dalam video ini mereka cuba mendapatkan reaksi golongan non-muslim terhadap solat yang dilakukan mereka. pelbagai reaksi yang ditonjolkan, ada yang positif , malah begitu juga dengan negatif 




Saksikan :- 




Tindak Balas dari masyarakat Tempatan kita :- 








Betapa ramai manusia menjadi lupa daratan. Betapa ramai manusia menjadi ingkar. Betapa ramai manusia tidak dapat bersyukur. Betapa ramai manusia menjadi derhaka dan berkhianat. Mereka melupakan tujuan hidupnya ketika di dunia dan hanya mengejar kenikmatan dunia . Dunia yang dikejar akan berakhir. Tempat manusia hidup. Tempat manusia memuja kenikmatan. Semuanya menjadi sia-sia belaka.

*TAKENOTE*

                                                                                                                                   #EyFaN

Tuesday 8 October 2013

Aku Seorang Blogger ?

Waddup Blogger , 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera . Saya Ucapkann . Bila di fikirkan balikk 'Adakah aku Seorang Blogger ?' Dan abang aku selalu memberitahuku yang Blog ni Boleh buat Duit , So makin tertariklah aku nak berblog ni . Then Lama-lama abang aku kenalkan aku dengan 'Nuffning' , pastu aku dengan rasa pelik je tnye , 'pe tu ? ' Ok, niat asal aku blogging SEBELUM kenal nuff ni , dan SELEPAS aku dapat idea mengenai apa konsep blog yang aku nak buat iaitu PERSONAL , HIBURAN dan BERITA TERKINI . Mari lahh sama-sama kita join Nuffnang yang selalu mengajurkan pelbagai event untuk semua blogger . Nak Daftar Klik Sini .




Nak cerita pasal nama blog ni , Watashi Irufan nama diberi , sempena aku yang gila-gila dengan cito jepun ni . Yang Pelik url lain dari nama http://i-irufan.blogspot.com/  kan ? yang nampak sama pun irufan . Watashi tu adalah 'saya' dalam bahasa Jepun and Irufan itu adalah nama ku (Tukar ejaan sebab nama  tu nampak macam rare gitu ) .



Seronok Sebenarnye berblog ni , aku rasa happy bila orang baca , komen , ambil iktibar dan sokong blog aku dari semasa ke semasa, jadi dari situ aku mula hargai semua kawan-kawan blogging . Aku di luar dan dalam ni lain sikit , dalam dunia Sosial ni aku memang seorang Peramah , tapi di luar aku hanya seorang PendiamAku selalu luahkan pendapat aku tentang dunia sekarang di blog aku dan cuba mendapat respon dari pembaca-pembaca dikalangan kawan-kawan aku. Walaupun aku kenal di dunya nyata sahaja, aku percaya mereka. Sebab Aku Seorang Blogger.


                                                                                                                                   #EyFaN


PMR is OVER !

Waddup Blogger , 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Semua . Sihat ? Wahhh , hati banyak Senang ini harii . Tidak Perlu Menghadap Kertas Berwarna Putih itu lagii ! Alhamdulillahhh ..

Test-testt ! Ehemm-ehemmm !Dengan Lafas Yang Ikhlas Dari Sudut Hati Saya ingin mengatakan yang PMR is OVER ! Dan Tidak ada PMR lagi Di Malaysia ini . Saya Sebagai Batch Terakhir Rasa Bangga dapat menjadi Penutup bagi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2013 !


GoodBye PMR !!! I will never forget you . You teach me how to manage my time wisely and You the only one who will decide my life ways :) 

Sebagai Ganti PMR selepas ini ialah PBSMR yang akan bermula pada tahun hadapan . Mungkin ? Result PMR dikhabarkan akan dikeluarkan pada bulan 12 . tak Sure lagii , So kita tunggu je lahh . 

                                             
                                                                                                                                     #EyFaN

Thursday 3 October 2013

Kurangkan Ketawa Anda

Waddup Blogger , 

Assalamualaikum dan salam Sejahtera kepada semua pembaca . Didalam minggu yang agak tension dengan Peperiksaan PMR ini jarang Update Blog . Ok bila baca tajuk entry ni mesti korang tertanya-tanyakan kenapa perlu 'Kurangkan Ketawa Anda' ok hari ini ifan akan huraikan sedikit . 

Didalam kita gelak ketawa , ada yang masih tidak menyedari tentang batas-batas ketawa (ehh ketawa pun ada batas) . Ok mari baca sikit ape kisah dibawah :-


Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Umar R.A. berkata: "Pada suatu hari Nabi Muhammad S.A.W keluar kemasjid, tiba-tiba ada orang berbicara-bicara sambil tertawa,
maka Nabi Muhammad S.A.W. berhenti didepan mereka dan memberi salam lalu bersabda: "Perbanyaklah mengingati yang merosak kelazatan."
Sahabat bertanya: "Apakah yang merosakkan kelazatan itu?"
Jawab Nabi Muhammad S.A.W.: "Mati."
Kemudian Nabi Muhammad S.A.W. keluar melihat orang-orang sedang tertawa gelak-gembira,
maka Nabi Muhammad S.A.W. bersabda kepada mereka: "Ingatlah demi Allah yang jiwaku ditanganNyaandaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui nescaya kamu sedikit tertawa dan banyak menangis."
Kemudian dilai hari keluar pula dan melihat orang-orang sedang gelak ketawa sambil berbicara-bicara,
maka Nabi Muhammad S.A.W. memberi salam dan berkata: "Sesungguhnya Islam ini pada mulanya asing dan akan kembali asing, maka untung bagi orang-orang yang asing pada hari kiamat."
Ditanya: "Siapakah orang-orang asing itu pada hari kiamat?"
Jawab Nabi Muhammad S.A.W.: "Ialah mereka yang memperbaiki dimasa kerosakan manusia." (Yakni jika manusia telah rosak moralnya (akhlak) maka mereka tetap memperbaiki akhlak mereka.)


Ibn Abbas R.A. berkata: "Siapa yang tertawa ketika berbuat dosa maka ia akan menangis ketika akan masuk neraka." Orang yang lebih banyak ketawa didunia merekalah yang lebih banyak menangis diakhirat, dan orang yang banyak menangis didunia merekalah yang banyak tertawa diakhirat.


                                                                                                                                         #EyFaN